Rahsia Asma Ul Husna..

3:54 PM

Amalan nama - nama Allah atau Asma'ul Husna untuk mendapat hati yang terang, memori yang mantap, fikiran yang cerdas serta cepat memahami tentang perkara dan segala ilmu yang dipelajari :

Ya Hakiim
Dibaca sebanyak 300 kali selepas solat Subuh dan Maghrib. Lalu berdoa, Insya'Allah akan dikurniakan kecerdasan.

Ya Ba'ith
Dibaca sebanyak 100 kali sehari, hati akan menjadi terang dan bersih. Pengamalnya akan memperolehi ilmu dan hikmah (kebijaksanaan).

Ya Mubdi'u
Dibaca sebanyak 470 kali setiap hari untuk mencapai kejayaan dalam setiap usaha yang dijalankan, fikiran menjadi kreatif, cerdas dan jernih.

Ya Maajid
Dibaca sebanyak 400 kali setiap hari, akan dikurniakan akal yang cerdas, fikiran yang tajam dan hati yang bersih.

Ya Rashiid
Dibaca sebanyak 1,000 kali di antara Maghrib dan Isyak. Pengamalnya akan dianugerahkan kepintaran, ketajaman fikiran dan kepandaian.

Ya Rahman
Dibaca selepas sembahyang Maghrib dan Subuh dengan sebanyak-banyaknya. Pengamalnya akan dihilangkan penyakit lupa, dianugerahkan fikiran yang terang, akal yang kuat dan tidak mudah kelam-kabut.

Ya Muhaimin
Dibaca selepas solat Isyak akan kuat dalam menghafaz sesuatu dan hilang kelupaannya

kita hanya manusia biasa.. Ada kurang, ada lebihnya.. Namun, siapa kata tiada cara untuk meningkatkan kemajuan diri.. Allah pencipta kita. Dia maha mengetahui segala keluh kesah hambaNya.. Diciptakannya pelbagai nikmat didunia, bukan semata-mata nikmat. Ingat, Ujian Allah itu amat luas. boleh jadi kita tidak menyedarinya dalam kealpaan dunia..
Mohonlah pertolongan dariNya. Sesungguhnya, Dia maha Mengetahui akan perihal hamba2Nya..

..Wallahu'Alam..

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook